Wednesday, October 27, 2010

Doa - doa untuk amalan harian

1) Doa Menewaskan Penjahat
Rabbana innaka aatyta fir'awna wa mala'ahuu ziinatanwa amwaalan fil hayaatid dun-yaa, rabbanaa liyudhillu 'an sabiilika, rabbanaa ithmish 'alaa amwaalihim wasydud 'alaa quluubihim falaa yu'minuu hattaa yarawul azaabal aliim.
(Dan Nabi Musa (merayu dengan) berkata) : "Wahai Tuhan kami!



Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu 9dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! binasakanlah harta benda mereka dan meterailah hati mereka (sehingga menjadi keras keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya. (Yunus: 88)


2) Doa memohon rezeki



Alalhumma rabbanaa anzil 'alaynaa maa'idatan minas samaa'i takuunu lanaa 'iidan li awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatan minka, warzuqnaa wa anta khayrur raaziqiin.
Ya allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langgit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda


(mukjizat) daripadaMu (yang menunjukan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah kami rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki". (al-Maidah: 118)


3) Doa memohon kebaikan
Rabbanaa aatinaa fid dun-yaa hasanatan wa fil aakhirati hasanatan wa qinaa 'azaaban naar
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab naraka". (al-baqarah:201)


4) Doa memohon kesihatan
Anni massaniyadh dhurru anta arhamur raahimiin
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (al-anbiya': 83)


5) Doa memohon keselamatan
Rabbi najjinii wa mimmaa ya'maluun
(Nabi Lut berdoa): "wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluargaku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu". (al-Syu'ara': 169)


6) Doa memohon zuriat yang soleh
Rabbi hablii minas saalihin
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak dari kalangan orang-orang yang soleh" (al-Saafat: 100)


7) Doa selamat dari jin, syaitan dan gangguan
Qul a'uzubirabbinnas, malikinnas, ilaahinnas, min syarril waswasil khannas, allazi yuwaswisufi sudurinnas minal jinnati wannasluun
katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, 9iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia'. (Surah al-Nas:1-6)




Anda juga berminat:
Doa malam
Etika terhadap anak-anak
Tips memilih nama anak


Nama Islam anak dan maksudnya
Nama Islam anak lelaki -J
Nama Islam anak perempuan -K

Monday, October 25, 2010

4 Perkara Dalam Islam Berkait Rapat Dalam Kehidupan

4 Perkara menguatkan badan
i) Makan daging
ii) Memakai haruman/wangi-wangian
iii) Kerap mandi
iv) Berpakaian dari kapas

4 Perkara melemahkan badan
i) Kerap berkelamin
ii) Selalu cemas
iii) Banyak minum air ketika makan
iv) Banyak makan bahan yang masam


4 Perkara menajamkan mata
i) Duduk mengadap kiblat
ii) Bercelak sebelum tidur
iii) Melihat permandangan yang hijau
iv) sentiasa berpakaian bersih

4 Perkara merosakan mata
i) Memandang najis
ii) Melihat orang dibunuh
iii) Melihat kemaluan
iv) Membelakangi kiblat


4 Perkara menajamkan fikiran
i) Tidak banyak berbual kosong
ii) Rajin bersugi
iii) Bercakap dengan orang soleh
iv) Bergaul dengan para ulama.

Rujukan: Noorashidi Abdul Razak, (Malaysian Timber Industry Board)
Gambar : Google image

Anda juga berminat

Nama Islam anak dan maksudnya





Tuesday, May 25, 2010

Doa-doa malam

Doa Menjelang Malam
Ya Allah inilah saat tibanya malam-Mu dan pergi hari siang-Mu, dan saat datangnya suara-suara doa yang datang pada Mu, maka ampunilah akan daku. (Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi)


Doa Tidur
Dengan nama Allah, aku meletakkan badanku, Ya Allah ampunilah dosaku dan usirlah syaitan (penggoda)ku dan lepaskanlah tanggunganku dan jadilah aku dalam kumpulan para malaikat yang tertinggi. (Riwayat Abu Daud)


Doa Setelah bangun dari tidur
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan dan kepada-Nya lah tempat kami kembali. (Huzaifah Al-Yamani dan Abu Zar ra)


Doa Apabila terjaga dari tidur di tengah malam
Ya Tuhan, ampunkanlah dan kasihanilah aku, dan tunjukkanlah aku ke jalan yang benar. (Muhammad bin Nasar dari Ummu salamah ra)


Doa Mengharapkan mimpi yang baik
Ya Allah, aku memohon kepada Mu mendapatkan mimpi yang baik dan benar lagi bukan kebohongan, tetapi bermanfaat dan bukan mudarat. (Riwayat Ibnu as-sunni)


Doa apabila mendapat mimpi yang baik
Segala puji bagi Allah yang memelihara seluruh alam semesta. (Riwayat Ibnu as-Sunni)


Doa apabila mendapat mimpi yang buruk
ya Tuhan, aku berlindung pada Mu dari pekerjaan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk. 
(Riwayat Ibnu as-Sunni)


Anda juga berminat
Doa untuk anak
Doa untuk anak ii
Doa isteri dan anak


Nama Islam anak dan maksudnya
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

Monday, May 24, 2010

Peraturan mudah supaya disenangi ramai

Assalamualaikum... terima kasih atas sokongan kalian kepada saya semasa saya bercuti dari berblog. Rindu rasanya bila tak tulis entri, kali ini saya ingin berkongsi mengenai hubungan sosial dalam masyarakat. Macam mana untuk buat diri ini disenangi oleh orang sekeliling kita, mari rungkaikan bersama.


Jadilah pendengar yang baik
Dalam kehidupan seharian kita di dunia tidak lari daripada pembelajaran, setiap hari mesti ada sahaja yang kita pelajari, tak kira apa benda sekalipun. Jadi untuk jadi orang yang disenangi, kita seharusnya menyenangkan hati orang lain dengan cara menjadi pendengar yang baik (dalam perkara yang baik, kalau fitnah dan mengumpat tu tak perlu). Insyah Allah mereka juga nanti akan menjadi pendengar yang baik kepada anda.


Cubalah belajar memahami orang lain
Sepanjang perbualan berlangsung cuba fahami sifat-sifat mereka, jangan asyik nak mereka sahaja yang ikut rentak kita, biarkan mereka ikut dengan kerelaan hati. Apabila mereka seronok dengan kita, maka tidak payah untuk mereka ikut rentak kita. Barulah teman-teman tidak benci dengan kita.


Penampilan diri harus dijaga
Pada zaman kecil dulu mak ada pesan pada saya "biarlah pakai baju koyak dan  bertampal asalkan bersih dan kemas". Dalam maksud kata-kata mak ini. Apa kaitan dengan tajuk kecil ini?? Ada.... Kita mesti sentiasa berpakaian kemas dan tak salah jika pakai wangian asal tidak keterlaluan barulah orang akan senang dengan kita. Kita juga mesti pandai menilai perkara yang berlaku di sekitar kita.


Berikan pandangan bernas dan jangan kedekut kongsilah dengan teman.
Tajuk kecil ini memang sesuai dengan blogger sekarang yang tidak lokek dalam hal berkongsi. Namun dalam keadaan "live" apabila bersemuka/ bersembang, pandai-pandailah pilih tajuk dan dalam hal memberikan pandangan, kongsilah yang baik-baik, sebab sebagai manusia kita memang tidak lari dari masalah. Mungkin hari ini dia punya masalah, mungkin esok kita "pulak" yang perlukan pandangan mereka.


Biar ikhlas, jangan berpura-pura
Bersikap jujur pada diri sendiri adalah perkara yang baik. Apabila kawan-kawan melihat sikap bersungguh-sungguh kita akan membuatkan kawan-kawan akan lebih menghormati kita. 
Pastinya si A yang lihat si B menghormati diri B, Si A juga akan belajar menghormati dirinya sendiri. 


Bukan mudah hendak buat orang agar hormati/selesa dengan diri kita, tapi bukanlah susah untuk melakukannya jika kena dengan caranya.


Entri yang anda minat:
Jadilah orang yang lapang
TV dan anak, apakah kebaikannya
Tips elak suami isteri perang besar di tempat awam


Nama Islam anak dan maksud nama:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

Thursday, May 20, 2010

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum kepada rakan blogger dan pembaca yang budiman. Bersyukur kita kepada Ilahi kerana diberi perluang sehingga hari jumaat yang mulia lagi berkat ini untuk kita menunaikan tanggung jawab kita sebagai orang Islam. Untuk makluman pembaca dan rakan blogger pemilik blog ini(Asmaria) tengah bercuti sehingga ahad ini, Dia telah pesan kepada saya untuk kemaskinikan blog ini termasuk dalam hal blogwalking. Semoga kalian dapat menyokong blog ini. 


Ketika khatib sedang membaca khutbah jumaat, janganlah kamu berkata-kata walaupun sepatah, jika kamu berkata walaupun perkataan "DIAM" maka sia-sialah jumaat kamu

Anda juga minat:
Renungan bersama
Doa kebahagiaan isteri dan anak


Nama Islam anak dan maksud:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

(Penulis Gantian: ADAM)

Membentuk keperibadian anak

Assalamualakum dan selamat sejahtera kepada rakan blogger dan pembaca sekalian, entri kali ini mempunyai hubung kait dengan entri lepas "Hormati hak Anak". Anak-anak memang cepat membesar dan belajar, pada usia 8-18 bulan mereka melalui zaman peralihan daripada bayi kepada kanak-kanak, masa ni neuron motor telah banyak digunakan untuk berjalan, baling objek, sambut objek, memanjat, dan bertutur.

Ketika ini kita sebagai ibu bapa kurang perasan bahawa anak-anak belajar mengikut apa yang mereka mahu selain daripada kemahuan ibu bapa. Adakalanya anak tidak senang/selesa dengan keadaan macam ini. Anda mungkin tak perasan betapa rumitnya yang dihadapi oleh anak-anak, kerana mereka baru sahaja nak mencapai kejayaan dah terpaksa menempuhi kekecewaan. Mana tidaknya anak baru saja belajar satu perkara dan ibu bapa sibuk pula mendesak mereka belajar benda yang lain.

Jangan mengharap sangat anak kecil belajar banyak perkara dalam waktu yang singkat, ianya mendatangkan banyak perkara buruk berbanding baik. Mari kita kongsi bersama panduan untuk membentuk keperibadian anak kita.

1) Biarkan anak menikmati kehidupannya
Jangan tergesa-gesa membentuk dirinya, biarkan mereka menikmati setiap tahap peringkat umur mereka.

2) Anda perlu bersikap positif ketika dalam kesukaran
Skil anda menghadapi masalah secara tenang dan terkawal "adalah" diperhatikan oleh anak. Apabila anak berkata TIDAK kepada anda, Tindak balas anda harus boleh sampai pada keadaan yang dapat menyelesaikan masalah. Elak menggunakan ugutan atau cuba menyogok anak kecil kerana apa yang anda cuba lakukan akan ditiru kemudian hari.

3) Terima anak seadanya
Bantu anak kecil berbuat baik, jangan cuba mencarikesalahan mereka ataupun merendahkan kebolehan mereka. Menerima anak seadanya bermakna kita membesarkan hati mereka.

4) Biarkan anak melakukan sendiri perkara baru dan jangan banyak menegur
Dalam kebanyakan perkara biarkan anak mencuba sendir, beri tumpuan dan bantu naikan semangat mereka untuk berusaha, jangan takut kepada kegagalan.
Sebaliknya tabiat buruk mereka janganlah diperbesarkan(terlalau ambil kisah) walaupun anda terganggu atau sedih kerana, kerana anak kecil akan meneruskan tabiat ini. Seeloknya jangan terlalu menegur, cukup setakan mengawasinya sahaja.

5) Stabilakan jiwa mereka dan elak beleter
Kita sebagai ibu bapa haruslah stabil dan kukuh sebelum membantu anak menstabilkan jiwa mereka.
Elak beleter tidak tentu hala,kerana anak-anak pun tahu memilih apa yang hendak mereka dengar.

6) Berikan anak kecil kasih sayang tanpa syarat
Kebanyakan anak kecil takut apabila dah besar akan kehilangan kasih sayang, mereka bimbang kasih sayang ibu bapa akan luntur. Jadi jangan biarkan anak menagih kasih sayang apabila mereka besar, kerana kasih sayang sepatutnya memang milik mereka sejak dari lahir lagi.

7) Jangan terlalu bertolak ansur
Dalam bab agama dan membabitkan nilai .."YES".. Agar anak tahu kepentingan agama dan nilai-nilai murni patut diutamakan.

8) Ajar anak bertutur dan berfikiran sihat setiap masa
Jika emosi anak terganggu, ajarkan mereka perkataan yang baik untuk meluahkan perasaan. Jangan biarkan mereka menyimpan perasaan dan menggunakan perkataan kesat atau menzahirkan niat buruk mereka.

Semoga apa yang saya kongsikan di sini sama-sama kita dapat manfaatnya.

Anda juga meminatinya:
Didik anak tentang pengurusan wang
Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya
Tertib menyambut kelahiran anak

Nama Islam anak dan maksud nama:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

Wednesday, May 19, 2010

JAWAB TAG

Assalamualaikum... untuk pertama kalinya saya dapat tag daripada Leeza kepada JiwaKacau/Blur kepada saya. Mulanya saya tak perasan pasal tag ini, sehinggakan Blur tinggalkan jejak kat sbox. Nak kata gumbira memang ada sebab 1st time kene tag, nak kata blur pun ada sebab tak tau nak jawab apa. Ada baiknya saya teruskan kepada soalan yang diajukan.

















1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

Tentang balasan... Tuhan saja yang balas, untuk si kawan tersebut kita doakan supaya dia berubah.... 

2). 6 orang di hati anda?

Suami, anak, anak, mak, bapak, (anak ke-3 kot kalau ada rezeki)

3). Anda rasa anda comel?

Tiada komen

4). Single or taken?

Bersuami dua orang anak..(baca habis, jangan baca sampai ...orang)(2 orang anak kandung bersama)

5). Blog yang anda suka?

Saya baru lagi dalam dunia blog, biasanya blog tentang rumah tangga/keibubapaan/

      info berguna/jahitan/masaka/ apa yang ada dalam blogroll setakat ini.

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?

Insyah Allah kemas, dapat pahala tau!

7) Lagu terakhir yang anda dengar?

Smile- pakcik kracker

8). Last text message?

Pesan suami jika balik kerja tolong belikan barang yang telah di"list"kan

9). Last phone call?

T/hari tadi tanya dah makan ke belum

10). Hari terakhir anda menangis?

Tak ingatlah... bukan tak nak jawab

11). List lima color favorite anda?

Hijau, biru, kuning, oren, "pepel"

12). Orang terakhir anda ber-YM?

Saya tak ada YM

13). Game paling anda suka?

Bomber man/ Bomber man Gokart

14). Adakah anda peminat MCR?

Boleh tahan juga

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?

Gembira pada mulanya, tapi bila menjawab dah macam ambil spm.

16). Anda rasa tag ini best?

Best jugak, tapi bab nak jawab tu yang.....

Tag lagi 10 orang

Yang kene tag ni kalau suka kira ok lah kan?! Yang tak suke apa boleh buat lah kan?!

CaLoN-cAlOnNyA.........


............ hari ni tak buat entri, Insyah Allah esok kalau ada masa.