Wednesday, March 9, 2011

Sambut Suami di muka Pintu Mendapat pahala

 Jika cikgu sekolah tanya “siapa nak pahala free-free tak perlu bayar”. Saya rasa semua akan angkat tangan, mana taknya benda free siapa tak nak.

Namun itulah perkara yang jarang diberi perhatian dan terlepas pandang oleh kebanyakan wanita tentang menyambut kepulangan suami tercinta daripada bekerja. Istimewanya wanita ialah, segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendapat pahala, free bukan??

Sedar tak sedar samada si suami seorang yang cerewet atau tidak, si suami sebenarnya memerlukan bantuan seseorang terutama isteri untuk menghilangkan penat, dahaga, lapar, tekanan yang sedang ditanggungnya, oleh itu isteri kena pandai memahami mood suami.


Sambutlah kepulangan suami



SENYUMAN



Senyuuum, tak perlu kata apa-apa

Sambutlah suami dengan senyuman dan muka yang gembira, tunjukan wajah yang manis, ini semua akan menghilangkan rasa letih dan tekanan di hati suami. Janganlah sambut suami dengan muka muram, acuh tak acuh, muka masam seperti cuka mahupun melepaskan peluru berpandu “buatan US”
Rasulullah bersabda: Ertinya: “Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka dia dalam kemurkaan Allah SWT hingga dia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya”
Bergitulah besarnya  nilai senyuman seorang isteri kepada suaminya yang memangkinkan rasa riang dan gembira kepada rumah tangga amnya dan suami khususnya yang apabila jika suami balik dengan keadaan yang letih boleh terus segar seperti minum redbull. Dan jika menyambut suami dengan muka muram akan mendapat kemurkaan Allah SWT sehinggalah isteri menjernihkan keadaan dengan menggembirakan suami, kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.


CIUM TANGAN

Buka saja pintu persilakanlah suami masuk dengan penuh hormat dengan kata-kata yang lemah lembut. Ciumlah tangan suami dengan rasa kasih dan hormat serta meminta maaf walaupun tiada kesalahan yang dilakukan pada hari itu. Jangan jadi sehingga wanita yang hulurkan tangan dan dikucup oleh suami seperti amalan barat.
Dalam hadis Rasulullah ada menyebut bahawa seseorang lelaki bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua, bergitulah Maha Pengampunnya Allah. Dosa gugur dari celah tangan dengan hanya bersalaman dengan suami, jadi rebutlah perluang semasa keluar rumah, balik rumah, tidak semestinya selepas solat berjemaah sahaja dan kalau boleh minta maaf walaupun tak buat salah.
Ajarlah anak-anak supaya bersalaman supaya tertanam sifat hormat dan kasih kepada ibubapa serta ucaplah terima kasih jika suami belikan buah tangan atau hadiah. Ajarkan juga anak-anak supaya ringan mulut untuk ucap terima kasih jika terima pemberian. Insyah Allah rumah tangga kita akan sentiasa dalam keredhaanNya dan penuh dengan keberkatan serta kegembiraan. 

Inyah Allah bahagia



Nama Islam dan Maksudnya

Anda Juga Berminat


Tuesday, March 8, 2011

Setiap Sedutan (Susu Ibu) Satu Kebajikan

Rasulullah SAW bersabda:Ertinya – “Seseorang wanita yang redha mengandungkan bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan member ganjaran pahala sebagaimana pahala puasa fisabilillah. Bila ia merasa sakit ketika bersalin, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia disebabkan terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan ia menyusukannya dengan susunya sendiri, maka setiap teguk (satu sedutan) Allah berikan satu kebajikan. Bila ia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sering menangis kerana sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas.” (Riwayat At – Tabrani)


Yakinlah akan janji Allah, wanita yang sabar dan redha ketika mengandung dengan ujian alahan, pening, muntah, loya, dan sebagainya, dan tidak merungut-rungut  apa lagi marah-marah atau bersumpah untuk tidak akan mahu mengandung lagi, maka mereka akan mendapat pahala puasa fisabilillah.

Semua ujian yang diberikan ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu atau untuk meninggikan darjat di sisi Allah. Bila mengingatkan tentang kelebihan ini maka akan mudahlah untuk melalui masa yang bergitu lama sebelum kelahiran iaitu Sembilan bulan 10 hari.


Anak yang dilahirkan dan disusukan pula dengan susu badan, sesungguhnya setiap sedutan anak yang menyusu itu Allah akan tulis satu kebajikan yang telah kita buat. Hanya dengan menyusukan sambil member belaian kasih sayang terhadap anak itu sudah diberi ganjaran pahala, bukankah merupakan perkara mudah untuk dilakukan?

Ketahuilah wahai para wanita sekalian, pahala melahirkan anak sangat besar kerana sakitnya melahirkan itu adalah sakit yang kedua paling menyeksakan selepasa sakit mati (ketika roh dicabut dari jasad). Oleh itu orang yang mati semasa bersalin, dan matinya pula dalam keadaan redha dan sabar maka ia mendapat pahala syahid. Mati syahid itu pula adalah menjadi idaman setiap orang Islam.

Anak demam dan meragam di tengah malam

Ketika orang lain tengah sedap tidur dan kita pula berjaga sebab anak meragam, sakit, merengek tengah malam, tetapi masih dapat bersabar dan ikhlas, , maka beruntunglah kerana mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat. Kemenangan di dunia sebab kita dapat melatih diri menjadi sabar, penyayang, pelembut sesuai dengan sifat kewanitaan, sedang menang di akhirat pula bakal mendapat tempat keredhaan Allah SWT.




Maksud Nama Islam

Anda Juga Berminat Dengan






Sunday, March 6, 2011

Pelepasan Dari Api Neraka

Tahukah wahai wanita sekalian, mengapa tugas mendidik anak lebih sesuai dilakukan oleh kaum wanita??




Kaum wanita telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan sifat-sifat keibuan yang menjadikan mereka penyayang, pelembut, dan penyabar, iaitu sifat-sifat yang diperlukan oleh seorang pendidik. Tambahan pula, masa yang diluangkan dengan anak-anak adalah panjang berbanding seorang bapa yang jarang di rumah sebab tanggungjawab untuk cari nafkah, bergitulah kasihnya Allah terhadap kaum wanita. Disediakan-Nya ganjaran pahala yang besar bagi wanita-wanita yang mendidik anak-anak mereka.

Rasulullah pernah bersabda:Barangsiapa yang pergi ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk keluarga dan ia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti ia memikul sedekah orang-orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahului anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah memerdekakan anak nabi Ismail. Barangsiapa yang menatap(merenung) mata anak lelakinya seolah-olah seperti ia menangis takutkan Allah, dan barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah, akan dimasukkan ke dalam syurga Na’im

Seorang sahabat, Sodiq r.a berkata: segala anak perempuan itu kebajikan dan segala anak lelaki itu nikmat. Setiap kebajikan diberi pahala dan setiapnikmat akan dipersoalkan

Sekiranya kita mahu anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh/solehah yang boleh membantu kita di akhirat nanti, kita perlulah mendidik mereka mengikut apa yang telah digariskan oleh syariat Islam. Pendidikan agama dan segala peradaban dalam Islam perlu dibekalkan kepada mereka supaya mereka dapat membezakan antara perkara-perkara yang baik dengan yang buruk dalam kehidupan

Sabda rasulullah” Bermula segala anak-anak itu peliharaan daripada api neraka. Dan makan bersama-sama mereka adalah kelepasan dari api neraka. Kemudian anak-anak itu dapat membri syafaat kepada kedua ibu bapanya ketika meniti di atas titian di akhirat nanti”

Ps: Ini tidak bermakna suami boleh lepaskan tanggungjawab menjaga anak kepada isteri saja, suami juga harus mengambil peranan dan berkongsi sekali, barulah dapat sama-sama menikmati pahala menjaga anak.


Ketahui Maksud Nama Anda:

Anda Cari Ini?

Saturday, February 19, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" DALAM SMS


Assalamualaikum, kita sering menulis dan menerima sms/email/fb/tagged/tweeter dll dengan dimulakan dengan perkataan "salam/akum/smekom" dan banyak lagi singkatan lain betul tak? Tapi tahu tak kita apa kah maksud singkatan perkataan tu....  mari kita tengok ini... saya terpaksa gunakan cara screenshoot agar tiada yang kecik hati.... "sebenarnya malas nak taip dan jimat masa, he he he " jom kita tengok







P/s: Sebenarnya dah ramai yang pos nota ini di FB, tapi saya rasa pengirim asal adalah "Abdullah Spontan"

MAKSUD NAMA ISLAM :
MAKSUD NAMA LELAKI
MAKSUD NAMA PEREMPUAN

ANDA JUGA BERMINAT DENGAN ENTRI LAIN :
DOA UNTUK IBUBAPA KUNCI REZEKI
MEMBENTUK KEPERIBADIAN ANAK
PAHALAUNTUK SI SUAMI
PAHALA UNTUK SI ISTERI

Sunday, February 6, 2011

Doa Untuk Ibu Bapa Sebagai Pembuka Pintu Rezeki

Gambar ambil dari Google


Rassulullah SAW pernah bersabda :

” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :


” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah,

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,

- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya…..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita…..Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : ‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…….




Cari Maksud Nama Islam :
Nama Islam Lalaki
Nama Islam Perempuan


Anda juga akan berminat :
Membentuk Keperibadian Anak
Aqiqah Untuk Anak
Etika Terhadap Anak


Saturday, December 25, 2010

IBADAH ZAKAT

Zakat Bahagian II


   Assalamualaikum, entri yang lepas saya telah kongsikan mengenai zakat fitrah. Entri kali ni juga mengenai zakat, saya cuba kongsikan bersama mengenai zakat harta. kalau salah dan terkurang bolehlah tolong tambah / betulkan.


Zakat harta


Zakat harta terbahagi pula kepada :

i) Zakat emas dan perak (simpanan)
ii) Zakat Tanaman dan buah-buahan
iii) Zakat harta perniagaan
iv) Zakat binatang ternakan



Zakat Emas
Zakat Simpanan
A) Zakat Emas/Perak (simpanan)

  • Kadar nisab zakat emas ialah 25 mayam / 2.7108 sagsa bersamaan dengan 85 gram dikenakan 2 1/2 % zakat.
  • Manakala perak dengan kiraan 200 driham sama dengan 560 gram dikenakan zakat 2 1/2%.
  • Kadar zakat wang berubah-ubah, contohnya pada bulan April tahun 1993 had minima zakat adalah RM2413.00. Untuk maklumat lanjut boleh lawat ke PPZ

   Pada masa sekarang emas menjadi cagaran dan disimpan di bank-bank, perak pula jarang-jarang orang nak beli, emas dan perak sudah tidak lagi digunakan untuk membuat pembayaran, jadi matawang telah menggantikan tempat dan fungsi emas dan perak. Maka matawang pula adalah dikenakan zakat. Rujuk kalkulator zakat.
   Syarat-syarat wajib untuk zakat kepada pemilik emas, perak dan simpanan adalah:
i) Islam
ii) Merdeka
iii) ilik yang sempurna (Halal)
Iv) cukup nisab
v) Cukup masanya setahun






Zakat Ternakan
B. Zakat Binatang dan Ternakan


**Lembu dan kerbau

  • Berjumlah 30 ekor yang pertama zakatnya 1 ekor yang berumur 1 tahun.
  • Kalau jumlah 40 ekor zakatnya ialah 1 ekor berumur 2 tahun.
  • Bergitulah seterusnya kadar nisab bagi tiap-tiap tambahan 30 ekor seterusnya zakat 1 ekor berusia 1 tahun, dan tambahan 40 ekor zakatnya 1 ekor berumur 2 tahun.
**Kambing dan biri-biri
  • 40-120 ekor zakatnya 1 ekor berumur 2 tahun.
  • 121-200 ekor zakatnya 2 ekor berumur 2 tahun.
  • 201-300 ekor zakatnya 3 ekor berumur 2 tahun.
  • Tiap-tiap tambahan 100 ekor berikut zakatnya 1 ekor yang berumur 2 tahun.
Syarat-syarat wajib zakat terhadap pemilik ternakan mestilah:
i) Seorang Islam
ii) Merdeka
iii) Cukup nisab dan masanya
iV) milik yang sempurna
v) Ternakan yang hidup bebas di padang rumput (yang makanannya terpaksa dibeli tidak wajib dizakatkan)
vi) Tidak cacat dan terlalu tua.











Zakat Tanaman



C. Zakat Tanaman dan Buah-buahan
  • Kadar zakat tanaman dan buah-buahan pula ialah 5 aswaq atau 300 gantang baghdad atau bersamaan 690 kg.
  • Jika tanaman disiram / diairi oleh air hujan atau air sungai maka 10% akan dizakatkan.
  • 5% daripada kadar zakat akan dikeluarkan/dizakatkan jika tanaman disiram dengan menggunakan air sendiri atau dengan alat-alat lain yang terpaksa mengeluarkan kos.
Syarat-syarat zakat kepada pemilik tanaman ialah:
i) Islam 
ii) Merdeka
iii) Milik yang sempurna
IV) Cukup nisabnya
v) Ditanam oleh manusia, termasuk dengan jentera/mesin. (tanaman semulajadi dikecualikan)
vi) Bijian dan buah-buahan yang boleh disimpan dan tahan lama serta mengenyangkan.




Zakat Perniagaan




D. Zakat Harta Perniagaan

  • Hasil perniagaan termasuk tanah dan bangunan yang disewakan(mendapat hasil)
  • Nisab zakat menurut modal asalnya sama seperti emas iaitu 80 gram emas.
Syarat-syarat wajib zakat terhadap pemilik perniagaaan ialah:
i) Mestilah cukup setahun.
ii) kadar zakatnya ialah 2 1/2%
iii) Caranya ialah, wang modal yang dikeluarkan ditaksir harga menurut harga pembelian pada waktu itu. keudian dicampur keseluruhannya lalu dikeluarkan zakat
iv) Wajib mengambil kira / menjumlahkan hutang-hutang yang ada di tangan orang yang diyakini akan dibayar balik kepada pemilik perniagaan.
v) kalau perniagaan itu rugi dan kiraannya tidak sampai 1 nisab lagi maka tidak wajib dizakatkan.

Zakat mensucikan diri dan harta, diharap kita akan mendapat keberkatan dariNya, Insyah Allah saya akan sambung mengenai kepentingan zakat dilain hari.

Gambar daripada google image.

Anda pasti beminat tentang:


Mencari Maksud Nama Islam




















Sunday, December 19, 2010

IBADAT ZAKAT

APAKAH  ITU ZAKAT?


   Zakat ialah mengeluarkan kadar harta yang tertentu kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.
Hukum zakat adalah fardu ain ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya.

ZAKAT TERBAHAGI KEPADA :
1) Zakat Fitrah,
2) Zakat harta.

   Zakat fitrah bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang keji.
   Zakat fitra diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan, bear dan kecil, merdeka atau hamba se
banyak 3.1 liter atau lima kati dari makanan yang
mengenyangkan bagi sesebuah negara. Jika di Malaysia kita gunakan beras atau pada kadar harga yang sama dengannya yang ditetapkan mengikut negeri masing-masing. Manakala syarat-syarat wajib zakat fitra ialah:
a) Mestilah seorang Islam
b) Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari raya Aidilfitri dan malamnya.
c) (i)Wajib zakat fitrah itu ialah setelah terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadan.
    (ii) Tidak wajib zakat fitrah ke atas orang yang mati sebelum matahari terbenam pada akhir Ramadan.
    (iii) Tidak wajib zakat fitrah kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
    (iv) Tidak wajib zakat fitrah mualaf yang baru memeluk Islam sesudah terbenam matahari pada akhir        Ramadan.
    (v) Dan lelaki yang bernikah selepas matahari akhir Ramadan.

WAKTU-WAKTU/MASA MEMBAYAR ZAKAT
a) Waktu yang dibolehkan ialah pada awal Ramadan hari terakhir bulan Ramadan.
b) Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari pada hari akhir Ramadan.
c) Waktu yang afdal membayar zakat fitrah adalah selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadan.
d) Waktu makruh iaitu selepas sembahyang hari Raya Aidilfitri sehingga waktu mahgrib (matahari terbenam).
e) Waktu haram bayar zakat fitrah iaitu selepas matahari terbenam pada Hari Raya Aidilfitri.

NAMA ISLAM DAN MAKSUD NAMA:
Nama Islam dan maksud bagi lelaki
Nama Islam dan maksud bagi perempuan

ANTARA YANG MENARIK:
Hormati hak anak
Tugas Isteri di rumah dapat pahala
Doa untuk anak