Saturday, March 12, 2011

Bila Suami hendak “Out-Station”

kerja jangan tak kerja

Ada isteri yang dengar dari mulut suami kata “minggu depan abang out-station ke Sabah 5 hari” antara riaksi isteri ialah

1) “ Habis urusan bil lektrik, bil astro, temujanji rawatan doctor, ambil kad laporan anak siapa nak uruskan”

2) “ Lamanya, tak dapatlah nak shopping, abang tinggalkan duit sikit nanti boleh pergi shopping dengan Kak Pah.”

3) Out-station dengan siapa, perempuan ada tak, buat apa, dll….

4) “Abang nak berlepas nanti call ayang, dah mendarat nanti call ayang, sampai ke hotel nanti call ayang dengan siapa satu bilik, nak pergi meeting call ayang, dah habis meeting call ayang, bla bla bla…”

5) “Abang jangan lupa belikan itu, ini, begitu, begini, situ, sini, macam itu, macam ini, kat Sabah murah-murah orang cakap.”

Istari sepatutnya siapkan keperluan pakaian suami selama waktu dia bekerja di luar. Ini termasuklah tuala mandi, berus gigi, ubat gigi, pencukur, minyak wangi, celak, cermin kecil, sikat rambut, kain pelikat,seluar panjang, baju kemeja, t-shirt, kopiah, serban. Dan yang paling penting jangan lupa doakan keselamatan suami selama keluar out-station, barulah mendapat keredhaan dari suami, mendapat keredhaan suami bermakna mendapat keredhaan Allah.

 Semoga wanita-wanita yang begelar isteri mendapat keredhaan daripada suami dan seterusnya keredhaan  Allah, amiin.






Nama Islam Dan Maksud Nama

Anda Juga Berminat

Tidak Peka Dan Selalu Mengambil Mudah

Ramai isteri sebenarnya bukan tidak tahu atau lupa, tetapi kurang peka dan mengambil mudah setiap perkara.
Ada sesetenga isteri tidak mengutamakan kepentingan suami, isteri tahu suami keletihan pulang dari kerja/urusan, waktu itu jugalah masa untuk melancarkan “torpedo” beleter, marah, tengking perkara-perkara yang isteri tidak puas hati. Macam tiada pula waktu dan peluang lain untuk berbincang. Ini akan membuat jiwa suami menjadi resah, fikiran kusut, suami yang tidak beriman, rumah merupakan neraka, panas berbahang.

Sebab itu suami banyak mencari wanita lain di luar @ ‘makan luar’, mencari wanita yang tidak halal untuk mendapatkan layanan yang memuaskan dan menghiburkan hati mereka. Jika suami yang beristeri lebih/poligami, si suami biasanya lebih condong kepada isteri yang lain. Walaupun seronok dengan tabiat cari perempuan, si suami akan mendapat balasan azab yang pedih.

 Dalam hal begini, kedua-dua pihak bersalah. Suami sepatutnya berusaha agar isteri terdidik dengan iman. Isteri pula patut mengaku kekurangan layananyang diberikan untuk suami dan berazam untuk memperbaikinya. Isteri yang yerdidik dengan baik oleh suaminya tentang takut pada Tuhan, tidak akan melakukan sewenang-wenangnya terhadap suami. Bergitu juga suami, jika ia takut pada azab tuhan suami tidak akan melakukan di luar batas syariat.


Sepatutnya bila suami kelihatan keletihan, berilah peluang untuk dia berehat, buatlah perkar perkara ini:

a) Tanggalkan serban @ kopiah jika suami memakainya dan letak di tempat sepatutnya.

b) Buka bajunya atau jubahnya dari bawah ke atas terus ke kepala, terbalikkan dan sangkut di tempat       penyangkut baju untuk dianginkan.

c) Jangan bincang hal-hal yang berat supaya suami boleh merehatkan fikiran dan badan.

d) Berilah suami minum minuman yang sejiuk atau panas atau minuman kegemarannya.

e) Sediakan tempat pembaringan atau tempat rehat.

f) Jika suami minta dipicit, picitlah dengan ikhlas dan buat dengan baik.

g) Kawal anak-anak dari mengganggu suami, atau suruh anak-anak main di luar rumah biarkan suami berehat di dalam bilik.

Ini adalah antara beberapa cara jika suami perlukan rehat, ada banyak lagi cara-cara untuk untuk melayan suami masing-masing bergantung kepada keadaan suami atau kegemaran suami.




Nama Islam Dan Maksud

Anda Juga Berminat


Isteri Adalah Hamba Atau Raja

Isteri dijadikan bukan kerana gelaran isteri jadi si isteri kena melakukan kesemuanya (melayani suami dan anak, segala kerja rumah). Atau disebabkan isiteri adalah isteri tak boleh tidak kena buat juga. Atau isteri merupakan hamba kepada suami. Ada juga isteri yang ‘berkuasa’ di rumah.’ Pentadbir dan ‘mengontrol.’ Sebenarnya isteri bukan hamba dan bukan juga raja

Gambar Hiasan "Isteri Solehah" (google)
Khidmat isteri kepada suami adalah untuk meninggikan darjat isteri kerana melaksanakan tanggungjawab yang berat dalam mengurus rumahtangga suami. Setiap apa yang dilakukan dalam rumahtangganya Allah kira sebagai kebajikan atau perbuatan yang baik seorang isteri. Itu pekerjaan asas dalam rumahtangga, Kalau isteri boleh melayan fizikal suami dengan seni-seninya yang lebih halus, lebih tinggilah lagi pahala kebajikan untuknya(isteri).

Inilah keistimewaan seorang isteri, tidak perlu susah-susah buat kebajikan di luar rumah. Rumah sendiri merupakan ‘lombong pahala’ yang banyak dan tak akan habis . Selain itu, isteri juga boleh menggilap keimanan mereka kepada Allah SWT dengan melakukan tugasan rumah dengan sabar, melayan karenah anak-anak, malayani suami. Dengan ini juga tidaktimbul mengenai isteri menuntuk ‘elaun’ sebab melakukan kerja ini dan itu, tetapi isteri tahu buat kerja rumah semata-mata keredhaan Allah dan menuntut elaun pahala dariNya.

Ada setengah isteri sudah pandai mengarah-arah suami melaksanakan kerja-kerja rumah, salin lampin anak dan sebagainya. Sifat mengarah-arahkan suami membuat kerja rumah akan memudaratkan kasih sayang dan menampakan si isteri tidak menghormati suaminya sebagai ketua keluarga.

Sekiranya isteri melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas, maka dengan sendirinya Allah akan kurniakan rasa kasihan belas pada suami untuk menolong isteri yang letih seharian menguruskan rumahtangga.

“Kasihan isteri aku, seharian keletihan menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Eloklah aku tolong mandikan anak-anak petang ini.”

“Sabarnya isteri aku, tiap-tiap hari rutin yang sama, tidak pernah pun aku dengar dia mengeluh. Esok aku off bolehlah dia rehat aku yang tolong dia buat kerja rumah.”

“Sudah berapa lama kami bernikah, dia tak pernah meminta ini dan itu, tak pula mengeluh. Minggu depan nak bercuti lah, err… belikan hadiah sikit biar menjadi kejutan yang dia tak akan lupakan.”

 ‘Monolog dalaman’ yang dipaparkan ini merupakan contoh niat yang terdetik dengan spontan dan ikhlas, dan suami bersedia melakukan kerja tanpa disuruh dan diarah-arah. Ini yang dinamakan timbangrasa dalam rumahtangga, ini akan mengeratakan lagi kasih sayang antara suami dan isteri.


Nama Islam Dan Maksud Nama

Anda Juga Berminat






Friday, March 11, 2011

Kisah Kehidupan Sayidina Fatimah r.a

Gambar hiasan (google images)

Cuba renungkan antara kisah kehidupan Sayidina Fatimah r.a anak kesayangan Rasulullah SAW sendiri.
Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat ke rumah Sayidina Fatimah r.a dan Baginda dapati Sayidina Fatimah r.a sedang menangis. Maka Baginda pun bertanya: “Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Fatimah?"

Fatimah menjawab: “Wahai ayahku, aku menangis sebab letih yang tidak terkira ketika mengisar gandum(tepung) dan menyediakan keperluan rumah. Sekirahnya ayahanda menyuruh Imam Ali membeli seorang perempuan suruhan(pembantu rumah), itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."

Terdengar kata-kata itu lalu Rasulullah terguris hingga berlinang air mata baginda, lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan “Bismillahi rahman nirrahim” (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi)
Ketika Rasulullah memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji akan Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanya dikisar, lalu baginda pun berkata: “berhentilah kamu wahai alat pengisar.”

Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkata-kata. Katanya: “ Demi Allah yang menghantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dengan berita sebagai orang yang diamanahkan . Aku tidak akan berhenti selagi kau tidak member jaminan daripada Allah untuk menempatkan aku di dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka.”

Berkata Rasulullah SAW: “ Kau adalah batu, namum kau takut pada api neraka.”
Alat pengisar menjawab: “Wahai Rasulullah, aku telah dengar kata-kata ini dari Al-Quran: ‘Wahai orang yang beriiman, jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dan batu-batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dank eras, tidak menderhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan’.”

Maka rasulullah pun mendoakan keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikat Jibrail a.s dan berkata: “Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan Maha Tinggi, mengirim salam penghormatan dan berpesan kepada engkau supaya membertahu batu itu berita gembira bahawa Allah telah menganugerahkan pada batu itu keselamatan dari api neraka dan meletakkannya di antara batu-batu syurga di dalam mahligai Fatimah dan ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini.”

Lalu disampaikanlah berita itu kepada alat pengisar itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda:

“Wahai Fatimah, sekiranya bergitu kehendak Allah, nescaya pengisar ini akan bekerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan darjatmu kerana tanggungjawabmu yang berat ini.”

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api nerakan, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang member makan makan kepada seribu orang yang lapar dan member pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anak-anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut merekadan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memeharti.” (Riwayat Abu hurairah)

Bergitulah kebaikan yang diperolehi oleh wanita jika membuat tugasan rumah dengan penuh sabar, tawakal, ikhlas, tak akan habis kebaikan-kebaikan dan pahala. Diibaratkan rumah adalah lombong pahala yang tak akan habis sampai bila-bila.



Nama Islam Dan Maksud


Himpunan Entri Lepas




Peluang Untuk Wanita Mendapat ganjaran Pahala

Imej dari (www.pahala.us)

Suami menjadi medan kepada isteri untuk mengaut ganjaran pahala dan kebajikan sebanyak-banyaknya dengan cara mentaati, melayani suami sebaik mungkin. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami Allah janjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan nikmat syurga yang maha hebat,… Maha kaya Allah.

Terdapat banyak hadis-hadis yang menerangkan tentang pahala, ganjaran dan keistimewaan yang diperolehi oleh isteri yang solehah apabila mentaati, melayan suami dengan baik, antaranya:


Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: “Ya Fatimah, mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, maka akan diberi minum oleh Allah akan dia dari sungai-sungai syurga dan diringankan Allah baginya sakaratulmaut dan  didapatinya kubur menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat.”

Sabda Rasulullah SAW lagi ertinya : “Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.” (Riwayat Ahmat Ibnu hibban, Thabrani dan Anas bin Malik).



Para isteri juga boleh berjihad ke jalan Allah hanya dengan melayani suami. Rebutlah peluang berjihad di jalan Allah. Sabda Rasulullah SAW, ertijnya: “Mana-mana isteri yang merelakan dirinya dijimak oleh suaminya pada malam jumaat, pahalanya seperti orang yang pergi berjuang di medan perang.”

Pernah seorang perempuan datang ke hadapan Rasulullah SAW lalu berkata: “ya Rasulullah, saya adalah wakil kaum wanita untuk mengadap tuan(untuk bertanya tentang sesuatu). Berperang itu diwajibkan oleh Allah hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka, mereka mendapat pahala, dan kalau terbunuh mereka tetap hidup di sisi Allah, lagi dicukupkan rezeki(dengan buah-buahan dari syurga). Dan kami dari kaum perempuan selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani dan membantu keperluan mereka) lalu apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?”

Maka Rasulullah menjawab: “Sampaikanlah kepada perempuan-perempaun yang kamu jumpai bahawa taatlah kepada suami dengan penuh kesedaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah. Tetapi sedikit sekali daripada kamu yang menjalankannya.”


Kepada kaum hawa umumnya, khasnya untuk gelaran isteri berbaktilah, taatilah suami sebanyak-banyaknya, kautlah seberapa banyak mungkin kebaikan-kebaikan dan pahala yang Allah janjikan. Mudah-mudahan kita hidup kita diredhahi Allah.





Nama Islam dan Maksud

Menarik..... Kat Sini

Wednesday, March 9, 2011

Sambut Suami di muka Pintu Mendapat pahala

 Jika cikgu sekolah tanya “siapa nak pahala free-free tak perlu bayar”. Saya rasa semua akan angkat tangan, mana taknya benda free siapa tak nak.

Namun itulah perkara yang jarang diberi perhatian dan terlepas pandang oleh kebanyakan wanita tentang menyambut kepulangan suami tercinta daripada bekerja. Istimewanya wanita ialah, segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendapat pahala, free bukan??

Sedar tak sedar samada si suami seorang yang cerewet atau tidak, si suami sebenarnya memerlukan bantuan seseorang terutama isteri untuk menghilangkan penat, dahaga, lapar, tekanan yang sedang ditanggungnya, oleh itu isteri kena pandai memahami mood suami.


Sambutlah kepulangan suami



SENYUMAN



Senyuuum, tak perlu kata apa-apa

Sambutlah suami dengan senyuman dan muka yang gembira, tunjukan wajah yang manis, ini semua akan menghilangkan rasa letih dan tekanan di hati suami. Janganlah sambut suami dengan muka muram, acuh tak acuh, muka masam seperti cuka mahupun melepaskan peluru berpandu “buatan US”
Rasulullah bersabda: Ertinya: “Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka dia dalam kemurkaan Allah SWT hingga dia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya”
Bergitulah besarnya  nilai senyuman seorang isteri kepada suaminya yang memangkinkan rasa riang dan gembira kepada rumah tangga amnya dan suami khususnya yang apabila jika suami balik dengan keadaan yang letih boleh terus segar seperti minum redbull. Dan jika menyambut suami dengan muka muram akan mendapat kemurkaan Allah SWT sehinggalah isteri menjernihkan keadaan dengan menggembirakan suami, kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.


CIUM TANGAN

Buka saja pintu persilakanlah suami masuk dengan penuh hormat dengan kata-kata yang lemah lembut. Ciumlah tangan suami dengan rasa kasih dan hormat serta meminta maaf walaupun tiada kesalahan yang dilakukan pada hari itu. Jangan jadi sehingga wanita yang hulurkan tangan dan dikucup oleh suami seperti amalan barat.
Dalam hadis Rasulullah ada menyebut bahawa seseorang lelaki bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua, bergitulah Maha Pengampunnya Allah. Dosa gugur dari celah tangan dengan hanya bersalaman dengan suami, jadi rebutlah perluang semasa keluar rumah, balik rumah, tidak semestinya selepas solat berjemaah sahaja dan kalau boleh minta maaf walaupun tak buat salah.
Ajarlah anak-anak supaya bersalaman supaya tertanam sifat hormat dan kasih kepada ibubapa serta ucaplah terima kasih jika suami belikan buah tangan atau hadiah. Ajarkan juga anak-anak supaya ringan mulut untuk ucap terima kasih jika terima pemberian. Insyah Allah rumah tangga kita akan sentiasa dalam keredhaanNya dan penuh dengan keberkatan serta kegembiraan. 

Inyah Allah bahagia



Nama Islam dan Maksudnya

Anda Juga Berminat


Tuesday, March 8, 2011

Setiap Sedutan (Susu Ibu) Satu Kebajikan

Rasulullah SAW bersabda:Ertinya – “Seseorang wanita yang redha mengandungkan bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan member ganjaran pahala sebagaimana pahala puasa fisabilillah. Bila ia merasa sakit ketika bersalin, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia disebabkan terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan ia menyusukannya dengan susunya sendiri, maka setiap teguk (satu sedutan) Allah berikan satu kebajikan. Bila ia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sering menangis kerana sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fisabilillah dengan ikhlas.” (Riwayat At – Tabrani)


Yakinlah akan janji Allah, wanita yang sabar dan redha ketika mengandung dengan ujian alahan, pening, muntah, loya, dan sebagainya, dan tidak merungut-rungut  apa lagi marah-marah atau bersumpah untuk tidak akan mahu mengandung lagi, maka mereka akan mendapat pahala puasa fisabilillah.

Semua ujian yang diberikan ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu atau untuk meninggikan darjat di sisi Allah. Bila mengingatkan tentang kelebihan ini maka akan mudahlah untuk melalui masa yang bergitu lama sebelum kelahiran iaitu Sembilan bulan 10 hari.


Anak yang dilahirkan dan disusukan pula dengan susu badan, sesungguhnya setiap sedutan anak yang menyusu itu Allah akan tulis satu kebajikan yang telah kita buat. Hanya dengan menyusukan sambil member belaian kasih sayang terhadap anak itu sudah diberi ganjaran pahala, bukankah merupakan perkara mudah untuk dilakukan?

Ketahuilah wahai para wanita sekalian, pahala melahirkan anak sangat besar kerana sakitnya melahirkan itu adalah sakit yang kedua paling menyeksakan selepasa sakit mati (ketika roh dicabut dari jasad). Oleh itu orang yang mati semasa bersalin, dan matinya pula dalam keadaan redha dan sabar maka ia mendapat pahala syahid. Mati syahid itu pula adalah menjadi idaman setiap orang Islam.

Anak demam dan meragam di tengah malam

Ketika orang lain tengah sedap tidur dan kita pula berjaga sebab anak meragam, sakit, merengek tengah malam, tetapi masih dapat bersabar dan ikhlas, , maka beruntunglah kerana mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat. Kemenangan di dunia sebab kita dapat melatih diri menjadi sabar, penyayang, pelembut sesuai dengan sifat kewanitaan, sedang menang di akhirat pula bakal mendapat tempat keredhaan Allah SWT.




Maksud Nama Islam

Anda Juga Berminat Dengan






Sunday, March 6, 2011

Pelepasan Dari Api Neraka

Tahukah wahai wanita sekalian, mengapa tugas mendidik anak lebih sesuai dilakukan oleh kaum wanita??




Kaum wanita telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan sifat-sifat keibuan yang menjadikan mereka penyayang, pelembut, dan penyabar, iaitu sifat-sifat yang diperlukan oleh seorang pendidik. Tambahan pula, masa yang diluangkan dengan anak-anak adalah panjang berbanding seorang bapa yang jarang di rumah sebab tanggungjawab untuk cari nafkah, bergitulah kasihnya Allah terhadap kaum wanita. Disediakan-Nya ganjaran pahala yang besar bagi wanita-wanita yang mendidik anak-anak mereka.

Rasulullah pernah bersabda:Barangsiapa yang pergi ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk keluarga dan ia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti ia memikul sedekah orang-orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahului anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah memerdekakan anak nabi Ismail. Barangsiapa yang menatap(merenung) mata anak lelakinya seolah-olah seperti ia menangis takutkan Allah, dan barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah, akan dimasukkan ke dalam syurga Na’im

Seorang sahabat, Sodiq r.a berkata: segala anak perempuan itu kebajikan dan segala anak lelaki itu nikmat. Setiap kebajikan diberi pahala dan setiapnikmat akan dipersoalkan

Sekiranya kita mahu anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh/solehah yang boleh membantu kita di akhirat nanti, kita perlulah mendidik mereka mengikut apa yang telah digariskan oleh syariat Islam. Pendidikan agama dan segala peradaban dalam Islam perlu dibekalkan kepada mereka supaya mereka dapat membezakan antara perkara-perkara yang baik dengan yang buruk dalam kehidupan

Sabda rasulullah” Bermula segala anak-anak itu peliharaan daripada api neraka. Dan makan bersama-sama mereka adalah kelepasan dari api neraka. Kemudian anak-anak itu dapat membri syafaat kepada kedua ibu bapanya ketika meniti di atas titian di akhirat nanti”

Ps: Ini tidak bermakna suami boleh lepaskan tanggungjawab menjaga anak kepada isteri saja, suami juga harus mengambil peranan dan berkongsi sekali, barulah dapat sama-sama menikmati pahala menjaga anak.


Ketahui Maksud Nama Anda:

Anda Cari Ini?